"Daripada Anas bahawasanya dia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi Sallahu Alaihi Wassalam berbuat demikian." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Assalammualaikum _ itu adalah kalimah yang secara tidak langsung boleh mencetuskan persaudaraan di kalangan orang islam. Malah sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat orang yang di beri salam..
Ungkapan salam bukan hanya untuk orang bawahan kepada orang atasan sahaja. Malah orang atasan seperti ketua atau orang yang lebih dewasa juga digalakkan untuk memberi salam kepada orang bawahan atau kanak-kanak. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah dan pangkat sama sekali tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang.
Hormat-menghormati_ itulah amalan yang menjadi kunci kepada kesejahteraan. Umat Islam hendaklah sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunah Nabi dengan memberi salam apabila bertemu walaupun terhadap kanak-kanak.