Tuesday, March 31, 2009

sebenar-benar ilmu..


ILMU yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang dapat mendekatkan kita kepada ALLAH.. tidak kiralah sama ada ilmu akhirat seperti tauhid atau ilmu dunia seperti matematik kerana kedua-duanya jenis ini mengajar kita mengenai kewujudan ALLAH dan kekuasaan ALLAH..ini selaras dengan pesanan Imam Syafie,


"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatkanmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang yang soleh.."


Ilmu yang dimiliki akan menjadikan seseorang lebih berketerampilan dan berwibawa..namun sebaik-baiknya ilmu itu dihayati agar boleh menjadi penyuluh jalan untuk mengharungi kehidupan..

No comments:

Post a Comment