Wednesday, April 1, 2009

tanggal 1 April..

pasti semua orang tahu apa yang sering dilakukan oleh insan-insan duniawi pada tarikh di atas bukan?..tarikh yang kalau mengikut hari2 orang barat.. 1 april atau lebih dikenali april fool..dan sesungguhnya sudah pasti ramai insan yang terkena..tidak terkecuali empunya diri..hampir sahaja air mata yang berharga lagi suci ini menitis di pipi tembam ku..huhu..inilah kali pertama aku terkena april fool yang paling poyo dan paling sadis sekali..wargh..wakena beb..korang nak tau apa yang member aku buat..dia mahu memutuskan tali persahabatan yang telah terjalin sejak 3 tahun yang lalu..dan sebab2 perpisahan yang diberikan langsung xmunasabah apatah lgi munasarawak..buat aku geram & tertanya2..sungguh sadis ayat2 yang diberikan meminta perpisahan..apalagi, mengalirlah air mata ku ini..dan akhirnya aku terkena..APRILFOOL..hahaha..kurang asam punya member..& di permain2 kan..hhuhuhuhu..apahal lah aku dapat member yg memang suka dengki kat aku..aku ingat bila dah xjumpa ni xdalah lgi kata2 dengki dari mulut dia..tapi sebaliknya lebih teruk dari itu..ngeee...memang lah..tapi apa pun aku tetap sayang dia sampai akhir hayataku..dia bukan seperti teman2 seperjuangan ku yang lain..walaupun dia berlainan jantina dengan aku tapi aku rasa dia lebih memahami diri aku dari teman yang sejantina dengan aku..

memang betul ada yang kata tidak sepatutnya seorang perempuan dan lelaki berkawan rapat tapi dari sudut perhubungan aku dengan dia..kami bukan macam teman2 yang sering dipandang serong oleh masyarakat dunia sebaliknya kami ibarat anjing dan kucing..setiap kali bertemu xsah kalau xda perang mulut..asyik berantam saja...sampaikan member2 yg lain xtau nak redakan kitorang..jadi xda yg mentafsirkan perhubungan kitorang ni seperti berpacaran atau yg sewaktu dengannya..tapi walaupun macam tu kami selalu bantu m'bantu antara satu sama lain..& bila ada masa jek kitorang akan cakap pasal study..jadi perhubungan kitorang ni xsalah kan..lagipun family aku pun tau yg aku memang rapat dengan mamat ni..jdi bagi aku xda masalah selagi aku tahu batas-batas aku dengan dia sepangjang kitorang berjumpa atau berhubungan..

p/s - tapi ada 1 menda yg buat otak aku tak berhenti-henti memikir hingga sekarang..kalau dia ada awek nanti macam mana?boleh ke awek dia paham keadaan kitorang ni..sebab dia pun ada cakap yang aku ni akan tetap jadi sahabat dia hingga mati.. curios aku..conpius!conpius!

No comments:

Post a Comment